Jumaat, 6 Mei 2016

Birthday Boy X Avani Sepang 2

Assalamualaikum...  

Banyak benor gambo yang aku snap. Memang saja nak upload dalam blog ni.
Menikmati panorana senja di balkoni bilik.
Lepas maghrib je kami keluar dinner tapi time tu dah mula kilat, sampai je kat lobby angin dah start kuat dan hujan. Harraz pulak menangis sibuk nak ikut ayah amek car. Masuk dalam kete hujan, kilat sabung-menyabung. Masuk dalam kereta barulah nak Google tempat makan.hehehe dalam kilat ribut tu kami pilih makan kat Restoran Senandung Malam. Masa dah sampai tu dekat 15 minit kami duduk dalam kereta. Sebab hujan lebat dan petir. Keluar pon time tu hujan lagi tapi kami redah je.dalam 20 minit hujan pon berhenti. 

Ramai jugak orang makan kat RSM ni. Kami order biasa-biasa je. Sotong goreng tepung, nasi goreng cili padi ayah, nasi goreng cina untuk Harraz dan aku makan nasi puteh dengan semangkuk tom yam campur. Alhamdulillah makan biasa-biasa je janji kenyang kan.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini