Khamis, 5 Mei 2016

Hari Kelahiran Harraz Yang Ke-2

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah...pada jam sekarang ni genaplah 2 tahun hari kelahiran Harraz. Ya Allah besar dah anak bujang kami. Bersempena dengan birthday yang ke 2 ni, KKM iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia akan menghadiahkan Harraz suntikan vaksin dan ubat cacing. Selamat berjaya anak ibu. Semoga semua berjalan dengan lancar. Kesian anak ibu, nanti lepas jab ayah ibu bawak pergi jalan ya.

Birthday boy ni memanglah darah manis, mengalahkan pengantin. Macam-macam hal jadi semalam. Lepas ambil dia dari rumah ummi kat level 12 (lain blok) kami masuk lift macam biasa. Tapi masa nak keluar kat ground floor, pintu nak buka harraz pulak jari comel pergi pegang celah pintu lift. Tersepitlah di situ. Aku pon dah gabra. Nasib baik ramai orang tolong termasuklah baiya-bauya from Nepal dan Bangladesh. Nasib baik pintu lift tu longgar sikit. Kalau tak mahu viral masuk fb Rani Kulup pula. Alhamdulillah jari Harraz ok.lega. Tapi ingatkan tu aje. Malam pulak jatuh tergelincir sebab lantai basah berdentum kepala,  Allahuakbar anak oh anak. Hopefully tak ada apa-apa, dah tuam dan nampak Harraz aktiv semula.

Oh anak ku Harraz. Ibu dan ayah sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Harraz. Semoga Allah memberi lagi peluang untuk ayah dan ibu mencurahkan kasih sayang buat Harraz. Ibu dan ayah harap agar suatu hari nanti Harraz jadi anak yang soleh, sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan sentiasa berbakti kepada agama dan bangsa. Ketahuilah anakku sayang ibu dan ayah terlalu sayangkan kamu. Kamulah cahaya mata pertama ayah dan ibu. Kamulah yang menambahkan keceriaan dalam keluarga kita. Ketahuilah nak menanti kelahiran Harraz kat hospital lama juga tau hehehe.. Dan kat 5 hari kat hospital baru Harraz nak keluar. Itupun kena czer. So jangan naughty2 tau. Hehehe..

AyahIbu sayang Harraz...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini