Assalamualaikum..
Lamanya tak update blog ni haa. Mood ke laut. Harini hari pekerja jatuh pada hari ahad, secara automatiknya isnin cuti. So sesang eloklah kita keluar harini. Kebetulan kakak dan sepupu aku nak kirim beli barang dekat Ikea. Sabtu depan pulak balik kampung so senanglah barang tu terus simoan dalam kereta saje. Penat pulak bejalan harini, tetiba start daripada malam tadi aku dah selsema. Tengahari tadi pulam mcm nak demam. Jadinya gerak ke Ikea petanglah. Macam malas pon iya gak tadi. Tapi disebabkan dah janji dan nak bawak anak bujang keluar. Kami gagahkan juga..hehhee padah boring kot duduk rumah.
Gerak pon lepas Asar macamtu. Singgah Uptown Damansara, ayah Harraz nak bayar hutang (kat sini banyak bank macam2 ada). Sebelum tu kami pergi isi perut dulu. Makan dekat Sate Haji Samhuri
Dah kenyang, hutang dah bayar dan beli sabun mandi serta krim kulit Harraz.kami terus ke Ikea.
Lepas dah membeli dan membayar. Tengok-tengok barang yang aku beli cuma 1 je.Niat di hati nak beli katil bujang RM75 tapi dah xda offer lagipon kereta tak muat nak bawa. Nak guna delivery pulak macam tak berbaloi je, sebabnya bukan nak beli banyak barang pon. Yang lain barang kakak dan sepupu aku Tapi tak pelah kan.dapat gak cuci mata.
Lepas balik anak ni terus mandi, pastu tido. Aku pulak meneruskan kerja melipat popiah. Husband kesayangan dah siap-siap buatkan inti siang tadi. Jadinya isteri kenalah ambil hati melipat popiah. Sebab seni isteri lebih halus daripada suami bila melipat popiah ataupun sewaktu dengannya. Pukul 1.30am baru settled.
Moh ler kita tido. Aku dah start selsema. Kali ni makan paracetamol 2 biji dan pil selsema yang mengantuk punya.
Bismikallah humma ahyaa wa amut. Aaameeen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan