Assalamualaikum...
Saja nak update pasal drama yang aku tengah follow kat tv9, tajuknya 'Pujaan Hati Ummi'. Cerita yang mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sangat bahagia tapi tiba-tiba berubah jadi sebaliknya, apabila menerima ahli baru dalam family mereka. Pelakon utamanya adalah Wan Maimunah, best sangat lakonan dia sebagai 'Umi'. Wat kata laki aku..'haaa cerita macamnilah yang dipanggil cerita rakyat' maksudnya cerita yang tidak keterlaluan menunjukkan betapa gah nya kedudukan seseorang dengan duduk rumah besar, kereta mewah, yang jadi bos duduk dalam office pastu ada masa teman gf shopping hehhee dan macam-macam lagilah yang over. Drama melayukan selalu begitu.
Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi
Mengisahkan Umi (Wan Maimunah) seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anaknya Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syafiq Sahli), dan Reza (Talha Harith). Pada usia 60 tahun, Umi telah mencapai kemanisan hidup bersama keluarganya, malah disegani masyarakat kampung.
Umi juga menerima anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Bagi Umi hidupnya lengkap dengan kehadiran menantunya Osman (Haeryanto Hasan) iaitu suami Raziah dan Safiya (Sasqiah Dahuri) isteri Razzi dan dua orang cucunya Emir (Darren Zariff) dan Ezra (Syasya Afiqah).
Namun siapa menyangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Keluarga Umi diduga lagi. Osman meninggal ditimpa kemalangan membuatkan Razziah kini terpaksa memulakan hidup baharu dan tinggal bersama Umi.
Dalam masa yang sama Razman tiada bersama keluarga mereka untuk berkongsi kedukaan. Razman sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana malu kepada Umi apabila dia terpaksa meninggalkan acara pernikahannya di saat akhir.
Umi cuba menyorokkan kesedihan dan berharap emosi keluarganya pulih. Anak bongsu kesayangannya, Reza menyampaikan berita bahawa dia ingin berkahwin dengan Rita (Faye Kusairi).
Umi menyambut berita baik itu dan berharap Rita bakal menjadi sinar baharu kepada keluarganya. Namun bagaikan membela seekor ular, Rita punya agendanya tersendiri.
(copy dari layanon9)+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan