Khamis, 5 Mei 2016

Dua Tahun Kena Cucuklah

Assalamualaikum... 

Harini banyak betul aktiviti kami sekeluarga. Kami suami isteri memang dah plan awal-awal nak ambil cuti Harini dan esok, sebab harini Harraz akan diberi vaksin untuk 2 tahun. Jadi harini Harraz kena jab. Appointment jam 9pagi kami sampai jam 9 pagi lah hehhe. Mak datok ramai benor orang kat KK Taman Medan, PJ ni. Tapi memandangkan kami cuti so tidaklah rushing,makanya kami membuat keputusan untuk bersabar saja pagi tadi. Yelah kan bukan kita je yang menunggu lamakan.

Jam 11.00 no Harraz naik 2193, nurse panggil pon sebab nak tolong timbang dan amek ketinggian Harraz je. Dalam 15 minit nurse panggil lagi tulis-tulis kat buku biru Harraz dan bagitahu next appointment akak bulan November, 7 2016 ya kak? "ok set petang ya nurse" jawab aku. Nurse pon bagitahu ok 2pm. Pastu nurse tu minta aku terus bawak buku Biru pergi ke bilik suntikan. Aku, husband dan Harraz pon pergi tunggu kat depan bilik tu. Dah pas buku kat nurse dalam tu. Kami pon tunggu lagi. Biasalah KK kan kenalah sabar.

Sambil-sambil tunggu tu boraklah dengan ibu-ibu yang menunggu kat luar tu. Aku dan husband seronok pulak time tu, sebabnya ada pasangan negro bawak baby jugak ambil vaksin comel nangis-nangis dia. Yang mencuit hati kitaorang adalah nama unik baby tu, FATIN XOXO... Comel kot hihihi. 

Tunggu punya tunggu nama Muhammad Harrazaman naik. Ok time tu aku masuk bawak Harraz dan duduk. Harraz pulak dah tak de mood, yelah dua jam lebih tunggu kot. Tapi aku pujuk jugaklah. Tapi time tu aku dah start sakit hati pulak. Sebab cara nurse tu layan aku. Sakit pulak hatini. Tahulah penat tapi tolong jangan jadi kurang ajar. Bukan korang je penat kami yang datang ni pon penat. Ni conversation aju dan nurse kuang asam.

Nurse: Ni tak boleh ni macam mana saya nak cucuk. Sambil tunjuk seluar harraZ yang aku dah sinsing ke atas.

Aku naikkan sikit. Pastu nurse tu cakap lagi.  Dalam nada yang aku rasa tak sedap dengar.

 Nurse: Tak boleh ni saya nak cucuk kat atas.

Aku: so bukak seluarlah ya.

Nurse: bukak sikit je. Eh kenapa dia baru kena campak ke?

Aku: dia alergik masa ambil vaksin 6 bulan dulu. 

Harraz dah start nangis dan nak.meronta. Nurse tu dah start nak marah,

Nurse: Awak pegang bebetul anak awak ni macamni. Nanti kalau jarum patah ke salah cucuk jangan salah kan dia.

Aku: saya tak tahu Nurse (nada dah marah) ajarlah.

Lepas aku naik suara sikit baru lah dia slow down dan jadi lemah lembut. Aku pon oklah kan. Tapi kalau dia kuang ajar tadi memang aku report je. Jangan lah nak berlagak sangat. Kita ni semua manusia biasa kan. Tapi kalau penat pon jangan lah suka-suka hati nak tinggi suara kat orang. Contoh macam aku ni. Ko nak marah-marah, padahal bab pegang baby tu bukan ke sepatutnya kena ada pembantu untuk pegang pesakit tambah-tambah baby. Lepas tu kalau jadi apa-apa akulah yang salah? Aku ni nurse ke???? Urut dada hakak ni. 

Kepada nurse-nurse yang yang rasa diri tu DIVA. Jangan sesekali jatuhkan air muka orang. Niatkanlah dalam hati untuk nak membantu masyarakat. Kerja anda semua sangatlah mulia. Janganlah menjatuhkan image jururawat ya. Kenalah ingat yang awak tu bergaji. Gaji awak dibayar oleh kerajaan. Kerajaan dapat duitpon daripada rakyat yang membayor GST tau tak?? Malu lah sikit.  Sabor jelah.

Lepas kejadian yang menyakitkan hati tu, aku dan husband makan tengahari cum breakfast. Leoas tu terus beli minyak hitam dan filter untuk service bumble bee kami ni. Lama dah dekat setahun kot minyak hitam tak tukar. Time ni hati aku dah tak sakit, kenyang pulak pastu tak sabar nak bercuti di Avani, Sepang. Celebrate birthday boy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kalau Sudi Kliklah Sini